Wednesday 3 August 2011

The Greatest of Allah....

Malam pertama Ramadhan, sya and Cik RamRam telah menunaikan solat terawih kami yang pertama bagi 2011 (alhamdulillah, dpt sambut) di Masjid Sultan Ahmad Shah, Tok Sira..Cik RamRam ckp 'kiter try'..Alhamdulillah, masjid yang baru siap dan aircond..tapi tak taulah kusyuk tak solatkan...hari kedua, kami berasingan sbb Cik RamRam nak solat dkt Surau Arroudhah, Pelindung and sya solat kat surau rumah jerr..

Alhamdulillah untuk malam ketiga, sya and umi ikut Cik RamRam solat dkt Surau Arroudhah..Luas sgt kwasan org solat..tp yang best jemaah boleh tahan ramainyer..ape yang mnyebabkan surau nie meriah sbb selepas solat terawih 8 rakaat dan witir 3 rakaat, ader tazkirah daripada ustaz2 yang berkaliber..So, untuk tajuk malam ketiga di sampaikan oleh Ustaz Azniza dari Kelantan.

Tajuk tazkirahnya adalah 4 golongan yang di HARAM kan oleh Allah untuk masuk SYURGA...
1) Penagih Arak
Penagih arak ni termasuklah penagih dadah yang mana 'makanan' tersebut mampu mengkhayalkan..Penagih arak nie adalah orang yang tak dapat tinggalkan arak dalam seharian..bak kata ustaz, bangun pagi dah lah pukul 10 lepas tu breakfast wain, lunch dgn whiskey (tak tau eja) dan dinner dngan senangkatannya..kalau sikit2 tak dipanggil 'penagih'..tapi rasanyer dari sikit tulah jadi byakkan..Ustaz ader bagi satu kisah tentang seorang pelacur yang ader niat untuk goda seorang lebai yang warak..Pada suatu hari, maid pelacur tu telah ajak lebai tu ke rumah atas alasan pelacur itu ingin bertaubat..akan tetapi sesampai lebai itu ke rumahnya lalu terus disuruh lebai tersebut masuk ke bilik pelacur itu..lebai tersebut 'panic' and tak tau nak lari cmana sbb pintu sudah dikunci..lalu pelacur tersebut bagitau,'klu abg lebai nak keluar, ader 3 syarat and sayer bleh lepaskan'..lebai tersebut mendengar syarat tersebut lalu terperanjat and bercelarulah mindanya..syarat2nya adlah minum arak@berzina@budak kanak2 kecil disebelah pelacur tersebut...disebabkan berzina dan membunuh itu dosa besar, lalu lebai itu memilih minum arak sebagai memenuhi syarat dan hanya berfikir kuantiti arak tersebut sedikit dan bleh bertaubat lepas tu..setelah minum arak, lebai tersebut telah mabuk dan berzina dgn pelacur itu..setelah die sedar, die sangat terkejut dan telah membunuh kanak2 tersebut untuk tutup rasa malu..besarnyer penangan sedikit arak yang mampu menyebabkan kite membuat pelbagai dosa.

2) Anak Derhaka
Seperti yang kiter sedia maklum, dewas ini banyak kes2 penderhakaan anak2 kepada ibu bapa yang terjadi..sedarlah wahai sahabat, tanpa mereka, takkan lahir kiter ke dunia dan merasai nikmatnya..kenangkanlah perit mereka membesarkan kiter...

3) Suami Dayuz
Kepada suami semua, fikirlah dan jagalah isteri kamu dengan sempurna..jangan jadi buta, bisu dan pekak di ats segala kelakuan isteri..tetapi perlu ingat, jangan takutkan title dayuz, isteri jadi mangsa...

4)Kecelaruan jantina
Baru2 nie, kiter telah digemparkan dngn kes pertukaran jantina..betul dunia hampir kiamat..bersyukurlah kite dgn aper yang telah diberikan..Allah dah cipta yang indah untuk kita dan setiap ciptaan ader hebatnye..semua terjadi kebanyakkannya bermula dari keluarga..tapi jangan kiter salahkan 100% keluarga..diri kiter juger perlu kuatkan iman dan baliklah kepada Allah...


**Nie semua yang sya dapat dari tazkirah mlm ketiga..i'Allah, akan menyusul lagi.


*** Jangan hanya tunggu Ramadhan sahaja baru bacer Al-Quran ya...

No comments:

Post a Comment